SEJARAH REIKI
Sejarah Reiki ini mempunyai banyak versi jadi bergantung kepada Reiki Master yang mana anda belajar, anda akan mendapat cerita yang berbeza-beza. Ini terjadi disebabkan kurang kajian yang dilakukan oleh pelajar reiki yang hanya mengambil sejarah ini secara bulat-bulat tanpa persoalan.
Usui Reiki Ryoho diperkenalkan pada tahun 1921/1922 oleh Dr Mikao Usui atau lebih dikenali sebagai Usui Sensei atau Usui San. Usui mendapat “ilham” & “kebolehan” reiki setelah melalui “Isyu Guo” satu latihan atau ritual Buddha di Gunung Kurama, berdekatan daerah Kyoto, Jepun selama 21 hari. Ada yang mengatakan ritual ini melibatkan puasa, meditasi & doa. Setelah itu Mikao Usui mendapat “satori” dia mula mengamalkan rawatan reiki ini.
Mikao Usui mula-mula menggunakan istilah “Teknik saya” atau Usui Do sebagai nama rawatan ini. Istilah “REIKI” & “REIKI RYOHO” telah digunakan secara meluas dalam masyarakat Jepun sebelum Mikao Usui pada era Meiji (1868-1912), Taisho (1912-1925) and awal era Showa (1926-1988) untuk menamakan sesuatu teknik rawatan. Mikao Usui kemudian menamakan tekniknya sebagai Usui Reiki Ryoho.
Mikao Usui telah menubuhkan Usui Reiki Ryoho Gakkai (Persatuan/Kelab teknik rawatan reiki usui) pada April 1922 di mana dia melakukan rawatan dan mengajar reiki.
Pada awal Reiki diamalkan, tiada simbol digunakan & proses attunement bukanlah seperti yang diajar sekarang. Simbol hanya diperkenalkan kemudian dan dikembangkan oleh Hayashi & Takata sahaja. Usui Reiki juga tidak menggunakan posisi tangan seperti yang diajar sekarang. Usui Reiki juga tidak menggunakan konsep Aura & Chakra pada awalnya. Peingkat atau level juga jauh bezanya daripada yang ada sekarang.
Mikao Usui meninggal dunia pada 9 Mac 1926 dan hanya sempat mengajar reiki selama lebih kurang 4 tahun.
Pengerusi Usui Reiki Ryoho Gakkai.
Pertama: Mikao Usui (b. 1865 – d. 1926),
Kedua: Jusaburo Ushida (Gyuda) (b. 1865 – d. 1935 – penulis memorial usui),
Ketiga: Kanichi Taketomi (b. 1878 – d. 1960),
Keempat: Yoshiharu Watanabe,
Kelima: Hoichi Wanami (b. 1883 – d. 1975),
Keenam: Ms. Kimiko Koyama (b. 1906, bersara 1998 – d. 12/1999,wanita pertama),
Ketujuh: Pengerusi sekarang, Masayoshi Kondo.
Reiki dikembangkan ke dunia barat oleh Hawayo Takata setelah dianugerahkan peringkat Shinpiden/Shihan atau Reiki Master Teacher pada 21 Feb 19 oleh Hayashi.
Chujiro Hyashi membunuh dirinya sendiri di hadapan rakan-rakan dan murid-muridnya pada 10 Mei 1940 kerana beliau enggan menyertai tentera Jepun berperang.
Hawayo Kawamura Takata meningggal pada Disember 1980 setelah melatih 22 orang Reiki Master. Ini adalah senarai kesemua 22 Reiki Master yang dilatih oleh Hawayo Takata: Dorothy Baba, Ursula Baylow, Rick Bockner, Patricia Bowling Ewing, Barbara Brown, Fran Brown, Phyllis Furumoto, Beth Gray, John Gray, Iris Ishikuro, Harry Kuboi, Ethel Lombardi, Barbara McCullough, Mary McFadyen, Paul Mitchell, Shinobu Saito, Bethel Phaigh, Virginia Samdahl, Wanja Twan, Barbara Weber Ray, Kay Yamashita, and George Araki.
PEMBERITAHUAN
SILA KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI UNTUK INFORMASI TERBARU TENTANG PROGRAM ILMU HIKMAH.
WEB : WWW.ILMUHIKMAH.ASIA
Friday, 9 August 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment